Tarik tali Projek_Langat_2

Pada 8 Ogos 2010, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu meneruskan projek itu. Sementara kerajaan negeri Selangor , pimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan memberi kelulusan . Kerajaan negeri BN pada tahun 2000 telah bersetuju dengan projek Langat 2. Kerajaan negeri bimbang kenaikan tarif air 70 % jika Langat 2 diteruskan. Kos RM8.65 bilion [4] diperlukan bagi projek Langat 2. Soal kroni tidak timbul kerana tender terbuka akan dikeluarkan.

Pada 14 Julai 2012, Kerajaan negeri asyik menyalahkan syarikat konsesi Syabas kononnya tidak berkemampuan . Kerajaan negeri melenting apabila Syabas mahu membuat catuan apabila paras air terawat di kolam takungan (bukan empangan) kurang 20 %. Kerajaan negeri juga enggan mewartakan pelarasan tarif sebagaimana perjanjian konsesi. air mentah di tujuh empangan memang cukup.

Kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri mengikut Seksyen 188 Akta Industri perkhidmatan Air 2006, bertanggungjawab memastikan ketersediaan bekalan air terawat di loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hanya sebagai operator pengagihan air di Selangor iaitu membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat, bukan memastikan ketersediaan bekalannya. Syabas diberi kuasa itu mengikut Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.[5][6] Kerajaan Selangor mempunyai 30 peratus saham dalam syarikat konsesi Syabas menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad.[7]

34 buah Loji Rawatan Air di Selangor hanya menghasilkan 4,371 juta liter air terawat setiap hari. Sedangkan keperluan pengguna kira-kira 4,322 juta liter air sehari.